GURU-GURU SMK SAGIL TANGKAK

GURU-GURU SMK SAGIL TANGKAK

PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN

Sejarah SMK Sagil



01.12.1994
Sejumlah 202 orang pelajar dari SMK Tun Mamat, telah ditumpangkan di SMK Ledang buat sementara waktu sehingga bangunan baru SMK Sagil siap dibina.
Seramai 10 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan guru dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kumpulan pelajar tersebut diketuai En. Ithnin Bin Mosin.
1995
SMK Sagil telah siap dibina di tapak seluas kira-kira 15 hektar di KM43, Jalan Segamat, Sagil, mengandungi 4 blok bangunan utama setinggi 3 tingkat, satu blok bangunan kantin dan satu blok bangunan Bengkel Sains Pertanian.
14.06.1995
Jabatan Kerja Raya telah mengistiharkan bangunan sekolah selamat digunakan.
26.06.1995
Kumpulan pertama pelajar seramai 202 orang bersama-sama 10 orang guru menjadi perintis awal ke SMK Sagil.
03.071995
Seramai 269 orang pelajar(dari kawasan Sagil) lagi telah berpindah dari SMK Tun Mamat ke SMK Sagil.
01.07.1995
SMK Sagil menerima Pengetua Pertama – Tn Hj Mohd Nor Bin Abdul Ghani.
12.08.1995
Mesyuarat Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Sagil telah diadakan.
01.07.1999
En. Mohd Nor Bin Abdul Ghani telah dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar, sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah.
16.07.1999
SMK Sagil menerima Pengetua Kedua – En. Md. Yusuf Bin Md. Said
07.08.2002
Majlis Penyerahan Bangunan Baru (Blok E) setinggi 3 tingkat telah diadakan.
2003
Dewan Besar SMK Sagil siap dibina.
16.06.2003
En. Md. Yusuf Bin Md. Said telah berpindah ke SMK Ledang sebagai Pengetua.
16.06.2003
SMK Sagil menerima Pengetua Ketiga – Tn. Hj. Abd. Wahid Bin Abd. Rahman.
05.07.2006
Tn. Hj. Abd. Wahid Bin Abd. Rahman telah bersara wajib(56 tahun).
16.07.2006
SMK Sagil menerima Pengetua Keempat – Tn. Hj. Ahmad Bin Kamit.
30.06.2007
Tn. Hj. Ahmad Bin Kamit telah berpindah ke SMK Ledang sebagai Pengetua.
01.07.2007
SMK Sagil menerima Pengetua Kelima – Pn. Hjh. Fuziah Bte. Mahdan.
2007
Sebuah Surau telah dibina di tapak gelangang bola tampar.
01.10.2008
Projek Pembinaan Asrama, lengkap dengan kemudahan surau bagi pelajar-pelajar Rancangan Khas Agama.
2008
Bilik Kebal siap didirikan di depan Dewan Besar SMK Sagil.
01.06.2009
Projek pembinaan pagar tembok sekolah dan tempat letak motorsikal pelajar.
01.09.2009
Laluan pejalan kaki (dari blok D ke pagar depan sekolah) siap dibina.
15.07.2010
Pn. Hjh. Fuziah Bte. Mahdan telah berpindah ke SMK Convent sebagai Pengetua.
16.07.2010
SMK Sagil menerima Pengetua Keenam – Tn. Hj. Zakaria Bin Hj. Haiyun
03.01.2011
SMK Sagil menempatkan kumpulan  Pertama pelajar RKA ( Rancangan Khas B. Arab ) ke Asrama SMK Sagil.
10.01.2011
Pertukaran LOGO sekolah yang baru
10.10.2012
Pembinaan Menara ‘Bestari Net’
30.12.2012
Tn Hj Zakaria bin Hj Haiyun berpindah ke SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sg Mati, Ledang.
31.12.2013
SMK Sagil menerima Pengetua Ke tujuh – Tn Hj Ahmad Masduki bin Komar.
Mac 2014
Baik pulih Bilik Pendidikan Khas
Jun 2014
Baik pulih Bilik Darjah Tingkatan 1 dan 2 (lantai) dan Bilik Guru (Lantai Mozek)
Julai 2014
SMK Sagil menerima Pengetua kelapan- Pn Hjh Noraini bt Mohd Noor
Sept 2014
Baik pulih Dewan IKRAM ( Pakeh/Siling)
9 Sept 2014
Pemasangan papan tanda 11 Anjakan untuk  Tranformasi Sistem Pendidikan Malaysia
31 Dis 2015
Pn Hjh Noraini bt Md Noor  berpindah ke SMK Convent Muar.
1 Januari 2015
Mula bertugas Tn Hj Omar bin Mohamad selaku Pengetua baru kesembilan
Julai 2015
Menerima peruntukan kerusi dan meja untuk kegunaan peperiksaan daripada Ir YB Hamir bin Samuri
2 Nov 2015
Mula bertugas Tn Hj Razak bin Johar selaku pengetua kesepuluh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan